Tugu ini dibina sempena memperingati peristiwa kemalangan helikopter yang terjadi pada 6/6/1976 di Sembulan. Kemalangan itu membabitkan pesawat yang membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.
Selain Ketua Menteri, mereka yang terkorban ialah Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Peter Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun; Menteri Kewangan, Datuk Salleh Sulong dan Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion.
Turut terbunuh, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Wahid Andu; Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Dr. Syed Hussein Wafa; Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan; pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Mohd. Said; pemandu pesawat, Gandhi J. Nathan; dan anak Tun Fuad, Johari.
Anak-anakku sempat juga berposing mengabadikan kenangan mereka bergambar di tugu peringatan ini.
Pemandangan Tugu Peringatan Double Six dari jauh |
mei li de picture
ReplyDelete