b

Surf It.Hope you enjoy it

Wednesday, December 22, 2010

Kari Corner di Parit Buntar


Inilah tempat makan favourite suamiku sewaktu mengunjungi Jawi di Penang ni. Tempat makan tu terletak di Permatang Keling, Parit Buntar. Kedainya terletak di tepi jalan besar. Yang specialnya ialah masakan kari. Nama pun Kari Corner. Sewaktu kami kesana.. ada 4 periuk kari yang besar besar belaka. Kalu tak silap ada kari ayam, kari daging, kari ikan sembilang dengan kari ikan pari. Lauk kari tu memang sedap dan menyelerakan. Disamping hidangan kari ada juga lauk pauk yang berbagai jenis. Antara hidangan yang sempat kurasa ialah lemak cili api siput sedut, kerabu perut, sotong masak kuning (sotong nya big size), ikan pari bakar dengan pencicah asam dan segala jenis lauk pauk lagilah. Pada para penggemar sate pun ada juga terdapat di situ. Hmm.. tak sempat nak ambil gambar lauk pauk.. hehhe dah teruja dengan makanan yang ada.

Tak hairanlah setiap kali kami mengunjungi Kari Corner, pasti memang ramai orang yang datang makan di kedai ni. Biasanya yang datang ialah kaum keluarga bersama anak-anak. Kami biasanya akan singgah solat di masjid Parit Buntar dulu, solat berjemaah. Kalau tak silap kedai makan ini beroperasi pada waktu pagi dengan menyediakan sarapan dan tutup pada tengahari. Beroperasi semula pada jam 6 petang sehinggga 12 malam.

Tuesday, December 21, 2010

Doa Melembutkan Hati

Doa Melembutkan Hati 
(1) Melembutkan hati anak yang degil dan keras 
Hendaklah membaca surah Taa'haa dari ayat satu hingga enam dan juga surah Al-Hajj ayat dua puluh satu dibaca di atas permukaan air dalam gelas putih dan diminum oleh anak yang dimaksudkan

[1] Taa' Haa [2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahaiMuhammad) supaya engkau menanggung kesusahan [3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah [4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi
dan langit yang tinggi [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy [6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi


[21] Dan mereka pula disediakan batang-batang besi untuk menyeksa mereka


(2) Doa Membuat Hati Suami/Isteri/Anak-Anak/Saudara Mara/Sahabat menjadi Penyayang 
Hendaklah membaca surah Al-Baqarah ayat 165 dan apabila selesai hembuskan dikening orang yang kita sayangi itu
(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)

 

Misteri Surah Al-Fatihah

Misteri Surah Al-Fatihah
 
AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selaluAL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalamanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mentalAL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluanAL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masaAL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintuSUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAHBuatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir BacaYa Badiyah -1 kaliYa Nur - 1 kaliYa Hadi - 1 kaliYa Allah – 3 kaliBaca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

Friday, December 10, 2010

Jalan-jalan di Lok Kawi WildLife Park

Pintu masuk Lok Kawi Wildlife Park

Terlintas pula nak tulis sesuatu di sini... sementara menunggu my hubby datang. Dalam kamera kesayanganku ini banyak juga gambar, jalan sana sini ambik gambar...alangkah bagusnya dimasukkan dalam blog ni... ada juga manfaatnya. Baru2 ni anak-anak dan suami, sempena cuti sekolah yang dah bermula, melawat ke Lok Kawi Wildlife Park. Aku tak berkesempatan pergi sebab berkursus di ILHAM Jawi, Penang. Husband dan anak-anaknya jer yang pergi, anak jiran, Nurul dgn kawan Abg Aiz, Hasya juga ikut sekali. Sebenarnya dah pergi dulu tapi masa tu aku mengandungkan Iman. Rajin juga suami ku melayan karenah2 budak2 ni...sebenarnya aku sangat berterima kasih dan menghargai pengorbanannya menjaga anak-anak seramai 5 orang semasa ketiadaanku (kursus di Jawi)...heheh jadi suami dan papa mithali....


Menurut kata papanya, Iman suka betul tengok haiwan2 ni. Maklumlah selama ni belum pernah tengok haiwan yang besar2 ni...heheh. Antara binatang yang Iman suka tengok yang ada kat zoo ni...
Anis berposing dengan gajahnya..

Burung unta

Sempat bergambar dengan pelancong Jepun

Monyet Probocsis yang hanya ada di Borneo

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (MAPEC) SK Kem Lok Kawi

Al Hamdulillah... akhirnya anak sulungku Nur Farah Shahida yang kami panggil kak Syida berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2010 baru-baru ini. Anakku memperolehi keputusan 5A dan sekaligus menjadi kebanggaan kami sekeluarga.
Berkat kesungguhan kakak yang sememangnya rajin mengulangkaji, ada group study, mempunyai kawan-kawan yang baik, mama harap kakak teruskanlah perjuangan kakak. Sebenarnya masih panjang lagi yang kakak perlu lalui. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus maju dan cemerlang di masa depan. Insya Allah, dia akan menjadi idola atau sumber inspirasi bagi adik-adiknya yang lain untuk sama-sama berjaya seperti kakaknya.
Pada tanggal 16 November 2020, diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di S K kem Lok Kawi. Aku dan papanya turut hadir menyaksikan anakku mendapat anugerah di dewan terbuka sekolah.

Guru Besar menyampaikan Anugerah Cemerlang UPSR
Bergambar bersama guru-guru dan pelajar yang mendapat 5A

Kawan karib anakku yang turut sama mendapat 5A
Persembahan tarian kebudayaan dari pelajar Darjah 6

anakku berposing dengan sijil2 yang diterimanya

Tempat bersejarah di Kota Kinabalu: Tugu peringatan Double Six

Sebenarnya dah lama tak menulis kat blog ni... terfikir nak menjengah...apa nak tulis yer... teringat suatu hari tu berjalan di Kota Kinabalu. Sebenarnya dah lama duduk di KK ni.. tapi baru berkesempatan melawat tugu bersejarah ni..

Tugu ini dibina sempena memperingati peristiwa kemalangan helikopter yang terjadi pada 6/6/1976 di Sembulan. Kemalangan itu membabitkan pesawat yang membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.
Selain Ketua Menteri, mereka yang terkorban ialah Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Peter Mojuntin; Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun; Menteri Kewangan, Datuk Salleh Sulong dan Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion.

Turut terbunuh, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Wahid Andu; Pengarah Unit Perancang Ekonomi negeri, Dr. Syed Hussein Wafa; Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan; pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Mohd. Said; pemandu pesawat, Gandhi J. Nathan; dan anak Tun Fuad, Johari.

Anak-anakku sempat juga berposing mengabadikan kenangan mereka bergambar di tugu peringatan ini.



Pemandangan Tugu Peringatan Double Six dari jauh