b

Surf It.Hope you enjoy it

Saturday, September 11, 2010

Kek Buah Kukus Lebaran

Ini kek buah yang baru ku buat sebelum raya. Esok nak raya sempat juga mengukus kek buah ni. Kek buah adalah antara kek kegemaranku selain kek coklat. Resepi kek buah ni aku ambil semasa menonton rancangan masakan pada tahun-tahun lepas, tk ingat tahun bila. Yg pastinya kek ini dibuat oleh seorang chef yang pakar memasak kek. Tak silap aku rancangan tersebut ialah Uli-uli Aidilfitri.

Ini adalah rupa kek buah yang kubuat...Nak resepinya?



Kek Buah Kukus

Bahan2:
250 gm mentega (1 ketul)
75 gm gula perang
3 biji telur
100 gm buah prun dicincang halus ( if takda pun takpa)
350 gm buah2 an campuran
1 sudu teh esen vanila
350 gm tepung gandum (3 1/2 cawan)
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/8 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu besar gula hitam
150 gm gula pasir (untuk di buat gula hangus)

Cara:
1. Mentega dan gula perang dikacau sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung bersama buah-buahan campuran tadi.
5. masukkan gula hitam
6. Sementara itu cairkan gula pasir sehingga perang keemasan.
7. Tuang di atas adunan tadi dan kacau sehingga sebati.
8. Kukus sehingga 4 jam untuk kek yg tahan lama.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda.